Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warriors tewaskan Celtics

    LOS ANGELES, 11 DIS – Golden State Warriors kelmarin memberikan mesej jelas bahawa mereka tidak akan melepaskan kejuaraan NBA tahun lalu tanpa sebarang saingan selepas menewaskan Boston Celtics 123-107.

    Warriors telah bergelut untuk membina momentum dalam usaha mereka untuk mempertahankan gelaran juara pada musim ini, sebaliknya Celtics telah mencipta rekod terbaik mereka dalam liga.

    Bagi Golden State, yang mendapat 34 mata daripada Klay Thompson dan 32 mata melalui Stephen Curry, perlawanan kali ini begitu bermakna untuk Celtics yang datang ke San Francisco dengan rekod kemenangan tiga kali berturut-turut.

    “Kami telah berdepan mereka dalam NBA Finals – kami mahu memberikan mereka mesej,” kata pemain penyerang Golden State, Draymond Green.

    Thompson tampil agresif di awal permainan, menjaringkan 24 mata pada separuh masa pertama.

    Aksi pemain Golden State Warriors, Stephen Curry (kanan) bersaing dengan pemain Boston Celtics semasa perlawanan bola keranjang di San Francisco, kelmarin. – AP

    Curry, yang menyumbang 12 daripada 21 cubaan dan enam jaringan tiga mata, berkata pertahanan adalah kunci kemenangan mereka.

    “Dari awal permainan kami cuba bertahan tanpa melakukan kesalahan, memberikan kesukaran kepada mereka,” kata Curry.

    Jaylen Brown menjaringkan 31 mata dan sembilan rebounds untuk Boston. Jayson Tatum menambah 18 mata dan Malcolm Brogdon menyumbangkan 16 mata.

    “Mereka mempunyai terlalu ramai pemain hebat yang boleh menjaringkan bola. Tatum dan Brown telah mempamerkan aksi bola keranjang tahap tertinggi sepanjang tahun ini,” kata Curry.

    “Awda perlu menerima hakikat prestasi yang telah ditunjukkan mereka, tetapi awda perlu membuatkan mereka bekerja keras untuk mendapatkannya.

    “Kami berjaya mengawal bola dalam permainan kali ini, Klay begitu menonjol, pertahanan kami seiring dengan serangan, semuanya begitu baik sekali,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda