OAKLAND, 31 Mei – Bintang Cleveland, LeBron James, seorang yang serba boleh dan berbahaya seperti mana–mana pemain NBA lain, menjadi fokus kepada Golden State Warriors ketika mereka bersedia bagi memulakan NBA Finals esok.
Pasukan Cavaliers juara bertahan selepas James mencetuskan kebangkitan menarik dalam sejarah NBA Finals, memberikan kebangkitan Cleveland dari ketinggalan 3-1 untuk memenangi perlawanan best-of-seven tahun lepas dalam perlawanan dramatik di Oakland, California.
James menjadi pemain pertama untuk mendahului NBA Finals dalam setiap kategori statistik utama dengan 29.7 mata, 11.3 ‘rebound’, 8.9 asis, 2.6 ‘steal’ dan 2.3 hadangan pada tahun lepas.
Musim ini, pada usia 32, perkadaran James adalah 26.4 mata termasuk kerjaya tertinggi 8.6 ‘rebound’ dan 8.7 asis begitu juga dengan 37.8 minit tertinggi dalam liga bagi satu perlawanan.
Sebagai penjaring berbahaya ketika dia melakukannya dari luar dan membuat lompatan, James juga mengancam dengan mampu mencari rakan sepasukan seperti Kyrie Irving dan Kevin Love dengan hantaran apabila pemain pertahanan terlalu memberikan tumpuan ke atasnya.

“Anda tidak dapat menghentikan LeBron,” kata Mike Brown, pembantu jurulatih Golden State yang membimbing pasukan itu sambil ketua jurulatih Steve Kerr pulih dari komplikasi selepas pembedahan belakang.
“Dia akan menjaringkan gol. Dia akan mendapatkan pemain lain terlibat dalam menjaringkan gol dengan menghantar bola. Jadi anda perlu memastikannya bekerja keras. Dia tidak boleh mendapat perlawanan mudah.”
Brown, yang pernah melatih James bersama Cavaliers, menekankan ketabahan apabila berdepan dengan James, terutamanya memandangkan Kevin Durant berdepan dengannya di kebanyakan masa.
“LeBron akan mendapatkan mata dan begitu juga Kyrie. Anda perlu mencuba dan menyukarkan mereka,” kata Durant. – AFP