Thursday, March 13, 2025
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Colombia ditembak mati

    BOGOTA, 30 NOV – Lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menembak mati seorang wartawan Colombia, kata pihak berkuasa tempatan kelmarin, pembunuhan terbaharu di negara itu yang menyaksikan peningkatan dalam pembunuhan wartawan.

    Pejabat pendakwa raya menulis di laman Twitter bahawa ia telah menerima berita kematian wartawan dan pemimpin sosial Wilder Alfredo Cordoba di bandar barat daya La Union.

    Datuk Bandar La Union, Fabian Echeverria memberitahu AFP bahawa pembonceng motosikal telah menembak Cordoba, berusia 40 tahun, tiga kali ketika dia mengunjungi kawasan luar bandar pada petang Isnin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda