Wartawan ‘dibelasah’ pengawal peribadi presiden

FREETOWN, 10 SEPT – Tiga wartawan ‘dibelasah’ oleh pengawal peribadi presiden dalam satu serangan ketika perlawanan bola sepak di Sierra Leone yang menyebabkan salah seorang mereka dimasukkan ke hospital, kata kesatuan semalam.

Dua pengacara televisyen wanita dan seorang wartawan lain diserang ketika membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Sierra Leone dan Liberia pada Ahad di ibu negara Freetown, kata Persatuan Penulis Sukan Sierra Leone (SWASAL) dalam satu kenyataan.

Frances Barnard dan Esther Marie Samura dari stesen SBLC Televisyen dan wartawan bebas Alimmamy Kamara ‘dipukul dengan teruk’, kata SWASAL.

Kesatuan berkata dua pengawal peribadi Presiden Julius Maada Bio, yang menghadiri perlawanan, adalah orang yang bertanggungjawab di sebalik serangan tersebut.

“Salah seorang pengawal dengan nama ‘Sweet’ mengugut akan menembak dan membunuh wartawan dengan pistolnya,” katanya.

Setiausaha agung SWASAL, Sahr Morris Junior memberitahu AFP bahawa salah seorang wartawan wanita telah dibawa ke hospital. – AFP