Tuesday, April 22, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan dibunuh di Mexico

    TOLUCA, MEXICO, 25 OGOS – Ketua laman web berita Mexico ditemui mati dengan kesan tikaman semalam di tengah negara itu, kata pihak berkuasa kelmarin menjadi pembunuhan ke-10 tahun ini.

    Mayat Nevith Condes Jaramillo ‘ditemui pagi semalam…menunjukkan kecederaan daripada objek tajam,” kata pendakwa negara dalam satu kenyataan. Siasatan telah dimulakan untuk memastikan apa yang berlaku.

    Condes Jaramillo, 42, adalah ketua laman web berita tempatan di Tejupilco yang juga pengacara stesen radio komuniti.

    Pemerhati media Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) berkata, menurut ahli keluarga jurnalis, Condes Jaramillo telah menerima ugutan pada Jun dan November tahun lalu dan terus mendapatkan langkah perlindungan persekutuan.

    Namun ahli keluarganya berkata dia enggan mengikuti proses perlindungan disebabkan ia melibatkan prosedur birokratik, menurut RSF. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda