Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Wartawan diculik di bandar Pakistan

    ISLAMABAD, 26 MAC – Seorang wartawan di Pakistan telah diculik dari rumahnya di Islamabad hari ini, menurut keluarga dan peguamnya, dalam serangan terbaharu terhadap kebebasan media di negara Asia Selatan itu.

    Lebih daripada 12 orang menyerbu rumah Muhammad Waheed Murad, seorang wartawan multimedia Urdu News yang dimiliki oleh Arab Saudi, lalu membawanya pergi, kata ibu mertuanya dalam satu kenyataan video.

    Murad sebelum ini telah mengkritik peranan tentera Pakistan, yang menurut penganalisis terlibat dalam politik dan ekonomi negara itu.

    “Kira-kira 20 individu yang tidak dikenali menyerbu rumah Waheed sekitar jam 2 pagi dan membawanya pergi secara paksa, tanpa menunjukkan sebarang waran tangkap,” kata Abida Nawaz.

    Peguam Murad telah memfailkan petisyen hari ini di mahkamah tinggi Islamabad, mendakwa pegawai yang tidak dikenali itu ‘mungkin dari agensi perisikan’ yang tiba dengan trak dua kabin yang biasanya digunakan mereka.

    “Kaedah penculikan beliau adalah sama seperti sebelum ini,” kata Imaan Mazari kepada AFP.

    “Para penculik, modus operandi mereka, dan cara mereka menyerbu rumah pada waktu malam jelas menunjukkan siapa mereka.”

    Negara itu telah diperintah oleh tentera selama beberapa dekad dan kritikan terha-dap badan keselamatan negara telah lama dianggap sebagai satu larangan.

    Kumpulan hak asasi manusia telah menuduh agensi perisikan di Islamabad ‘menghilangkan’ pengkritik, satu tuduhan yang dinafikan oleh tentera. – AFP

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Letupan gas di kilang kimia Pakistan ragut 14 nyawa

    FAISALABAD, PAKISTAN, 21 NOV - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk...

    30 militan terkorban dalam operasi dekat dua sempadan

    ISLAMABAD, 20 NOV - Pasukan keselamatan Pakistan membunuh 30...

    25 pelajar perempuan diculik di barat laut Nigeria

    LAGOS, 17 NOV - Sekumpulan lelaki bersenjata daripada geng...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...