AJACCIO, 4 JUN – Pendakwa raya di selatan Perancis membuka siasatan hari ini selepas seorang wartawan diserang berikutan perlawanan antara Ajaccio dan Marseille, insiden keganasan kedua pada perlawanan Perancis dalam beberapa hari.
Kemenangan 1-0 Ajaccio menentang pesaing serantau mereka di pulau Corsica dimainkan dalam suasana tegang kelmarin.
Selepas perlawanan, seorang wartawan dari France 3 TV telah diserang oleh penyokong Marseille di stesen pengisian berhampiran stadium.
Dia dibawa ke hospital untuk rawatan ‘luka di mukanya’, kata seorang wartawan AFP di tempat kejadian.
“Bukti awal menunjukkan tindakan keganasan serius yang dilakukan oleh sekumpulan individu yang kami cuba kenal pasti,” kata ketua pendakwa Ajaccio, Nicolas Septe.
Beliau berkata wartawan France 3 itu ‘cedera agak teruk walaupun tiada risiko kepada nyawanya’. – AFP


