Monday, December 23, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan ditembak mati di barat Mexico

    MORELIA, 30 OKT – Seorang wartawan ditembak mati di barat Mexico kelmarin, kata pejabat pendakwa raya tempatan, di kawasan negara yang dilanda teruk oleh jenayah terancang.

    Mauricio Cruz Solis, seorang hos di stesen radio tempatan, La Poderosa Uruapan yang turut menyiarkan berita di saluran Minuto x Minuto, terbunuh di bandar Uruapan.

    Seorang lagi cedera dalam serangan itu, kata pejabat pendakwa raya.

    Stesen radio tempat Cruz Solis bekerja meratapi atas kematiannya dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial.

    “Mauricio lebih daripada sekadar rakan sekerja, dia adalah sahabat setia, sumber inspirasi dan suara yang tidak jemu dalam perkhidmatan masyarakat kami,” kata stesen itu.

    Dihantui oleh keganasan berkaitan dengan pengedaran dadah, Mexico merupakan salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan, kata kumpulan penyokong berita.

    Wartawan Tanpa Sempadan berkata lebih 150 wartawan telah terbunuh di Mexico sejak 1994.

    Pembunuhan Cruz Solis adalah pembunuhan pertama seorang wartawan di bawah kerajaan Claudia Sheinbaum, yang memegang jawatan pada 1 Oktober, walaupun terdapat serangan lain terhadap media bulan ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda