MANILA, 29 Mac – Seorang wartawan Filipina ditahan hari ini atas tuduhan menipu, penahanan kedua susulan kritikan laman web berita miliknya, terhadap Presiden Rodrigo Duterte.
Pengasas bersama laman web Rappler, Beth Frondoso berkata, wartawan veteran yang pernah tersenarai sebagai individu berpengaruh oleh ‘Time Magazine’ tahun lalu kerana hasil kerjanya, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Manila.
“Mereka menahan beliau di lapangan terbang dan kami akan memfailkan permohonan ikat jamin,” katanya.
Pihak berkuasa Filipina menahan Maria Ressa pada Februari lalu, atas tuduhan memfitnah di internet, hingga mencetuskan kecaman masyarakat antarabangsa.
Ressa juga dituduh kerana dia menjadi sasaran selepas laman berita Rappler mengatakan pendirian dengan mengkritik Duterte.
“Akhbar di negara ini sedang diserang … Kami tidak akan berdiam diri sahaja,” kata Ressa kepada wartawan selepas pembebasannya dengan ikat jamin sebanyak AS$1,700.Peraturan undang-undang telah diperkuatkan.”
Rappler telah melaporkan secara meluas mengenai tindakan keras terhadap narkotik yang dilakukan oleh Duterte yang telah mengorbankan ribuan jiwa, yang mana kumpulan hak asasi mengatakan ia merupakan jenayah terhadap kemanusiaan. – AFP
