Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Filipina mati ditembak di Las Pinas

    MOSCOW, 4 OKT – Pengulas radio Filipina, Percival Mabasa, lebih dikenali dengan nama samaran Percy Lapid, yang telah lama mengkritik pihak berkuasa negara itu ditembak mati di luar rumahnya di bandar Las Pinas, kata polis wilayah hari ini.

    “Kami mengutuk jenayah yang mengakibatkan kematian Percival Mabasa atau Percy Lapid, pengulas radio DWBL yang ditembak mati pada 3 Oktober di pintu pagar BF Resort Village di (barangay) Talon Dos, Las Pinas,” kata pemangku pengarah polis wilayah, Jonnel C.

    Estomo. Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan pasukan petugas khas telah diwujudkan, Sputnik memetik pengarah itu.

    “Kami memberi jaminan untuk mencari keadilan segera kepada mangsa dan keluarganya,” kata Estomo.

    Sementara itu, Kesatuan Kebang-saan Wartawan Filipina mengutuk pembunuhan pengacara itu.

    “Pembunuhan itu menunjukkan bahawa kewartawanan kekal sebagai profesion berbahaya di negara ini. Kejadian yang berlaku di Metro Manila (wilayah ibu negara) itu menunjukkan betapa kejamnya pelaku,” menurut kenyataan kesatuan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda