Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan ‘hidup semula’

    KIEV, 31 Mei – Ukraine memberi alasan tentang memalsukan kematian wartawan anti-Kremlin yang muncul dan nampak sihat pada sidang media di Kiev kurang 24 jam selepas ‘dibunuh’, dengan mengatakan komplot Rusia untuk membunuhnya.

    Orang ramai yang melihat bertepuk tangan ketika Arkady Babchenko muncul semula semalam, diperkenalkan oleh ketua perkhidmatan kesihatan Ukraine, yang berkata pembunuhan dilaksanakan untuk menggagalkan cubaan untuk membunuhnya oleh Moscow.

    Kurang 24 jam sebelumnya, Ukraine berkata wartawan itu telah mati akibat tiga tembakan senjata di bahagian belakangnya, di ruang tangga bangunan pangsapurinya dalam pembunuhan berkontrak, satu kes yang telah mengundang kesedihan dan pertengkaran diplomatik.

    “Disebabkan operasi ini kami dapat menggagalkan komplot sinis dan dokumen tentang bagaimana perkhidmatan keselamatan Rusia merancang jenayah ini,” ketua perkhidmatan keselamatan Vasyl Grytsak berkata pada sidang media.

    Grytsak mengumumkan pihak berkuasa telah memberkas ketua perancang komplot yang disyaki dengan mengatakan seorang warga Ukraine yang dinamakan dengan nama permulaan G, telah menawarkan untuk membayar seorang pembunuh upahan bagi melaksanakan pembunuhan itu selepas direkrut oleh pasukan khas Rusia dan telah dibayar $40,000.

    Presiden Ukraine Petro Poroshenko kemudian menemui Babchenko dan menulis di Facebook bahawa ‘berjuta-juta orang meraikannya’.

    Dia berkata serangan yang dirancang itu diaturkan dari wilayah Rusia’ dengan tujuan menjejaskan situasi di Ukraine dan ‘membunuh orang yang paling ditakuti Rusia’.

    “Terima kasih kepada Arkady dan ketua keselamatan Ukraine, kerana tidak membenarkan senario ini dilakukan di negara kami.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda