Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Pakistan dipecat selepas lawatan ke Israel

    NEW DELHI, 31 MEI – Seorang wartawan penyiaran Pakistan dipecat kerana menyertai lawatan ke Israel anjuran kumpulan asing yang mahu mempromosikan hubungan pro-Israel di negara Islam.

    Menteri Penerangan dan Penyiaran Pakistan Marriyum Aurangzeb berkata wartawan itu menyertai lawatan itu dalam “kapasiti peribadinya,” menurut Pakistan Television Corporation (PTV).

    “Wartawan penyiaran PTV itu telah ditamatkan perkhidmatannya,” katanya.

    Pakistan tidak mengiktiraf negara Israel dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya.

    Lawatan itu yang turut dihadiri warga Pakistan-Amerika mencetuskan perbalahan di Pakistan, mendorong kerajaan untuk menjelaskan bahawa tiada perubahan dalam dasarnya berkenaan dengan negara Yahudi itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda