Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Palestin dilayan kejam dalam penjara Israel

    RAMALLAH, 8 SEPT – Pihak Berkuasa Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin hari ini berkata, wartawan yang dipenjarakan, Ali al-Samoudi, 60, dari Jenin, mengalami masalah kesihatan serius akibat pengabaian perubatan yang disengajakan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

    Al-Samoudi kini ditempatkan di Seksyen 15 penjara Negev, iaitu hidup dalam keadaan yang teruk dan tidak berperikemanusiaan.

    Beliau berkata Perkhidmatan Penjara Negev enggan merawatnya sejak penahanan. Ketika ditangkap, beliau turut mengalami layanan kejam, ditahan selama 80 jam di sebuah berek tentera di kem Jenin dalam keadaan bergari dan ditutup mata, tanpa air, makanan atau ubat.

    Beliau juga dipukul teruk ketika dipindahkan ke penjara Megiddo, pakaian dirampas dan cermin mata dipecahkan.

    Kini al-Samoudi ditahan bersama 160 tahanan lain, terputus sepenuhnya daripada dunia luar, berdepan kelaparan sistematik dan serangan berterusan. Keadaannya sangat lemah, dengan masalah sakit perut, usus, kepala dan mata, jangkitan saluran kencing, kerap pengsan serta hilang imbangan. Beliau tidak dapat tidur dan telah kehilangan 40 kilogram berat badan. – Bernama

    Ali al-Samoudi mengalami masalah kesihatan serius akibat pengabaian perubatan yang disengajakan semasa berada di dalam penjara Israel, pada 8 September. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda