KIEV, 30 Mei – Seorang wartawan perang Rusia yang melarikan diri ke Kiev selepas mengkritik peranan Moscow dalam konflik di timur Ukraine telah ditembak mati semalam di bandar Ukraine, menurut polis.
Arkadi Babchenko, adalah pengkritik kedua Kremlin yang tinggal di Kiev yang dibunuh dalam tempoh kurang dua tahun dan polis berkata mereka mensyaki jenayah itu mempunyai kaitan dengan tugasannya.
Sebelum ini, Pavel Cheremet, yang mempunyai dua kewarganegaraan, Rusia dan Belarus, meninggal dunia apabila keretanya meletup di tengah Kiev pada Julai 2016 dalam kes yang masih tidak dapat dijelaskan.
Jurucakap polis Yaroslav Trakalo berkata Babchenko, 41, ditemui berlumuran darah oleh isterinya selepas dia terdengar bunyi tembakan, sambil menambah kata bahawa suaminya itu meninggal di dalam kereta ambulans dalam perjalanan menuju ke hospital.
Rakan sekerjanya, yang juga seorang wartawan, Osman Pashayev menulis di Facebook bahawa Babcheko telah di tembak tiga kali di belakang ruang tangga bangunannya.

“Siasatan utama ialah kegiatan profesionalnya,” ketua polis Kiev, Andrly Kryschenko memberitahu agensi berita Interfax Ukraine.
Babchenko terlibat dalam dua peperangan pemisah Chechnya dalam tahun 1990an dan awal 2000an sebelum menjadi wartawan yang disegani yang sangat penting di Kremlin.
Dia pernah menulis tentang peperangan dalam sebuah buku yang diterbitkan di Perancis bertajuk ‘La Couler de la Guerre’ (Warna Peperangan).
Sebelum meninggalkan Moscow dia bekerja untuk surat khabar parti pembangkang Perancis, Novaya Gazeta dan stesen radio Liberal Eho Mosow. – AFP