Thursday, May 1, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Sweden dibicarakan di Turkiye

    ANKARA, 30 APRIL – Seorang wartawan Sweden yang ditahan sejurus tiba di Istanbul untuk membuat liputan protes besar-besaran pada bulan lalu akan dibicarakan hari ini, atas tuduhan menghina Presiden Turkiye, menurut peguamnya.

    Joakim Medin, 40, yang bekerja untuk akhbar Sweden Dagens ETC, ditahan pada 27 Mac dan dihantar ke penjara keesokan harinya. Medin akan hadir di hadapan hakim di Ankara melalui pautan video dari Penjara Silivri di Istanbul.

    Jika disabitkan bersalah, dia berdepan hukuman penjara sehingga tiga tahun kerana menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan. Perbicaraan dijadual bermula jam 3 petang.

    Pendakwa mendakwa Medin menyertai protes oleh Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan di Stockholm pada Januari 2023, di mana sebuah patung menyerupai Erdogan digantung.

    Bagaimanapun, Medin menafikan penglibatannya dan menyatakan dia hanya melaporkan acara tersebut sebagai wartawan. Ketua Editor Dagens ETC, Andreas Gustavsson berkata Medin berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk perbicaraan itu. “Dia mahu memberitahu hakim kerja kewartawanan tidak sepatutnya menjadi jenayah, walaupun di Turkiye,” katanya.

    Turkiye kini berada di kedudukan ke-158 daripada 180 negara dalam indeks kebebasan media Wartawan Tanpa Sempadan.

    Jurugambar AFP, Yasin Akgul turut ditahan dan akan dibicarakan bersama tujuh wartawan lain tahun ini. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda