Oleh Daniel Lim
BELAIT, 29 JAN – Selepas ditutup sementara bagi kunjungan orang ramai pada 12 Januari lalu, ahli Jawatankuasa Rumah Panjang Teraja kini membuka semula kawasan Wasai Teraja kepada orang ramai bermula 25 Januari lalu.
Ketika ini ahli jawatankuasa membenarkan kunjungan orang ramai ke wasai tersebut, akan tetapi mereka dinasihatkan untuk mendaftarkan diri ke Rumah Panjang Teraja dan ditemani oleh jurupandu sebelum dibenarkan untuk memasuki kawasan sekitar Kampung Teraja, Labi.
Selain daripada itu, ahli jawatankuasa telah melakukan pembaikan ke atas kemudahan serta membersihkan kawasan tersebut bagi memudahkan orang ramai serta memastikan keselamatan dan keselesaan daripada semua pengunjung.
