Thursday, May 15, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wasatiyyah dalam beragama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 April – Konsep keseimbangan dalam beragama atau wasatiyyah merupakan konsep asas Ahli Sunnah Waljama’ah perlu ditekankan agar dapat memberi imej positif tentang agama dan masyarakat Islam di mata dunia sekali gus menjadi benteng dalam menangani gerakan pelampau agama dan fahaman liberal.

    Di Negara Brunei Darussalam, falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan perlembagaan yang sedia ada serta gagasan ‘Negara Zikir’ terbukti mewujudkan keseimbangan beragama dan menjadi benteng kukuh dalam usaha mempertahankan kemurnian akidah berteraskan kepada manhaj Ahli Sunnah Waljama’ah.

    Perkara tersebut adalah antara beberapa resolusi penting yang dirumuskan oleh Penolong Kanan Profesor, Fakulti Usuluddin, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Mikdar Rosdi pada Majlis Penutup Seminar Kefahaman Akidah dan Pemikiran Semasa 2018 (SEKAPES 2018) anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah dan Fakulti Usuluddin KUPU SB.

    Seminar yang diadakan di Dewan Serba Guna KUPU SB bermula 25 April dengan membawa tema ‘Akidah Ahli Sunnah Waljama’ah Asas Kesejahteraan Negara’ itu telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar selaku tetamu kehormat.

    Seminar selama dua hari itu telah mengetengahkan sebanyak 10 kertas kerja yang dibentangkan oleh para pakar dan ahli akademik dalam dan luar negara yang antara lain menyampaikan mengenai gagasan, idea dan beberapa isu penting yang berkaitan dengan isu-isu akidah semasa serantau.

    Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan ahli-ahli tetamu di seminar tersebut.

    Seminar itu pada akhirnya berjaya merumuskan beberapa resolusi penting sebagai hasil kesepakatan bersama untuk menjadi rujukan bagi pihak-pihak yang berkepentingan baik dalam kalangan pemikir, penyelidik mahupun agensi-agensi yang berkaitan, antaranya fahaman Ahli Sunnah Waljama’ah sebagai pegangan umat Islam yang tulen yang telah diamalkan sejak zaman alam Melayu termasuk di Negara Brunei Darussalam yang perlu dipertahankan dan diperkukuhkan lagi kerana ia telah terbukti membawa keamanan dan kesejahteraan serta kehidupan yang harmoni.

    Resolusi itu juga merumuskan tentang Institusi Pendidikan Al-Azhar Al-Sharif, sebuah institusi pendidikan Islam yang tertua di dunia yang menjadi tonggak pengembangan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah yang perlu menjadi rujukan bagi institusi pengajian Islam di rantau ini dan kurikulum Pendidikan Ugama Islam (PUI) perlu diaplikasikan dengan kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat pengajian tinggi.

    Menyentuh mengenai Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012 bermula 1 Januari 2013 telah dikuatkuasakan, akta berkenaan mewajibkan kanak-kanak berumur tujuh tahun untuk bersekolah agama bermula dari peringkat Pra hingga tamat Darjah 6. Perintah pendidikan ini sudah setentunya akan menjadi salah satu tapak semaian yang baik sebagai benteng jati diri seseorang Muslim.

    Dr Mikdar Rosdi, berkata, mata pelajaran yang berkaitan dengan akidah terutamanya Tauhid mesti diajarkan secara komprehensif dan holistik di semua peringkat pendidikan berpandukan kitab-kitab tulen yang muktabar dalam aliran Ahli Sunnah Waljama’ah.

    Menurutnya, kepelbagaian pendekatan strategi kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran perkara-perkara al-Sam’iyyat dalam akidah Islam perlu dikaji agar lebih berkesan terhadap pengukuhan akidah Ahli Sunnah Waljama’ah khususnya dalam kala-ngan generasi muda di Negara Brunei Darussalam.

    Pengkajian kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah hendaklah diaktifkan dari sudut pengamalannya (tatbiqy) dengan melakukan penyelidikan dan menyebarluaskannya menerusi penerbitan buku-buku, artikel-artikel dan risalah-risalah serta mengadakan seminar, forum dan kegiatan ilmiah lainnya, ujarnya lagi.

    Majlis penutup kemudian diakhiri dengan penyampaian sijil dan penyerahan resolusi kepada Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom dan diikuti tetamu kehormat menyampaikan sijil dan cen-derahati kepada para pembentang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/