WASHINGTON, 2 Julai – Laporan mengatakan Korea Utara berhasrat mengekalkan beberapa simpanan stok dan kilang pengeluaran nuklearnya menimbulkan persoalan semalam tentang Presiden Donald Trump yang berkeras mengatakan Utara ‘tidak menimbulkan ancaman nuklear’, selepas sidang kemuncak bersejarah mereka di Singapura.
The Washington Post memetik empat pegawai Amerika Syarikat (AS) yang, dikatakannya, telah melihat atau diberi taklimat mengenai hasil dapatan risikan baharu yang menunjukkan persediaan untuk memperdaya AS.
Laporan Post keluar selepas NBC News berkata Utara telah menambah penghasilan bahan senjata nuklear.
Laporan tersebut menyusuli kata-kata Trump bahawa janji penghapusan aktiviti nuklear pada sidang kemuncak yang dibuat oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un telah menamatkan ancaman nuklear Utara, selepas bertikam lidah berbulan-bulan lamanya daripada kedua-dua pihak.
The Post berkata bukti Korea Utara menipu telah timbul sejak sidang kemuncak pada 12 Jun, di mana Kim dan Trump menandatangani perjanjian ‘untuk bekerjasama menamatkan aktiviti nuklear di Semenanjung Korea’.
Frasa stok gagal mentakrifkan penghapusan nuklear atau menetapkan satu jadual masa khusus untuk merobohkan kilang pembuat senjata nuklear Utara.
Ia juga tidak sanggup memenuhi permintaan lama AS untuk Korea Utara melucutkan aktiviti penghasilan senjata nuklear dalam cara ‘yang boleh disahkan’.
Semalam Trump tetap yakin dalam usaha Utara. “Saya fikir mereka amat serius mengenainya,” kata Trump ketika satu temu bual dalam rancangan ‘Sunday Morning Futures’ di Fox News. Temu bual disiarkan semalam tetapi dirakam pada hujung minggu, sebelum laporan Korea Utara menipu timbul. – AFP