Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Washington haramkan senjata separa automatik

    SAN FRANCISCO, 26 APRIL – Jay Inslee, gabenor negeri Washington di Amerika Syarikat (AS) hari ini menandatangani undang-undang untuk mengharamkan berpuluh-puluh jenis senapang separa automatik.

    Rang undang-undang itu melarang penjualan, pemindahan, pengedaran, pembuatan dan import 62 model senjata api yang ditakrifkan sebagai ‘senjata serangan’, termasuk AR-15, AK-47 dan senapang berkuasa tinggi serupa yang telah digunakan untuk melakukan tembakan rambang di seluruh Amerika Syarikat.

    “Senjata perang, senjata serangan, tidak mempunyai sebab selain untuk pembunuhan ramai orang,” kata Inslee pada majlis menandatangani perjanjian itu. Tujuan mereka hanyalah untuk membunuh manusia secepat mungkin dalam bilangan yang banyak,” katanya.

    Undang-undang itu berkuat kuasa serta-merta selepas ditandatangani oleh Inslee.

    Inslee turut menandatangani undang-undang bagi dua lagi langkah kawalan ke atas senjata api utama lain termasuk tempoh menunggu 10 hari untuk pembelian senjata api dan rang undang-undang yang mempertanggungjawabkan pembuat senjata ke atas penjualan secara cuai. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda