Sunday, February 2, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada agar tidak mudah terpedaya

    KITA selalu membuat persepsi yang silap dalam menilai orang. Apabila seseorang itu bermuka bengis, kita mengatakan dia seorang yang jahat, lantas kita tidak ingin bertegur sapa pun dengannya. Apabila kita melihat seseorang yang sentiasa berwajah wanis, kita merasakan dia boleh dibuat kawan, lalu kita pun mendampingi dirinya.

    Benarkah persepsi-persepsi ini? Betulkah wajah seseorang itu melambangkan siapa dia? Bolehkah kita meramal peribadi seseorang itu berdasarkan apa yang kita lihat sahaja?

    Sesetengah pengkaji ilmu firasat termasuk sesetengah motivator mengatakan hal ini boleh jadi, atas alasan wajah seseorang boleh beringsut pada bidang pekerjaannya, tetapi penjahat pada hari ini sudah tidak bermuka jahat lagi.

    Penjahat yang bermuka jahat hari ini sudah tidak ramai. Ruang untuk berbuat jahat pun bukan banyak seperti dahulu. Kalau dahulu gerombolan penjahat boleh muncul walau di sebuah pekan kecil, tetapi hari ini untuk penjahat bertindak sewenang-wenangnya bukanlah mudah, tetapi mereka yang menyamar baik sedang sebenarnya penjahat tegar memang ramai bukan?

    Di sebalik wajah baik

    Pernahkah anda bermasalah dengan orang yang memiliki wajah baik sedang sebenarnya menyimpan agenda buruk terhadap diri anda? Tahu-tahu anda telah difitnah, apabila disemak-semak susur galurnya ia berpunca dari dia. Sungguh tidak disangka, wajahnya baik tetapi hatinya busuk.

    Pernahkah anda bermasalah dengan orang yang memiliki wajah baik sedang sebenarnya menyimpan agenda buruk terhadap diri anda? Tahu-tahu anda telah difitnah, apabila disemak-semak susur galurnya ia berpunca dari dia. Sungguh tidak disangka, wajahnya baik tetapi hatinya busuk. – Gambar hiasan
    Tidak payah bina persepsi apa-apa, hanya layani semua orang melalui sifat yang asal pada diri kita. Andainya kita memang seorang yang lembut, kekalkan begitu dengan sesiapa sahaja kita berurusan, namun simpan kewaspadaan kemas-kemas di dalam. Biar orang sangka ‘boleh makan’ tetapi semua taktik jahat tidak jalan. – Gambar hiasan

    Pernahkah anda dibantu oleh orang yang bermuka jahat? Tatkala kereta anda rosak tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang bermuka bengis tetapi dia menawarkan pertolongan. Sudah tentu pada mulanya kita rasa cuak tetapi jika kita tiada pilihan, kita pun takut untuk berkata tidak. Hujung-hujungnya dia memang menolong kita dengan ikhlas. Kita rasa cukup terpukul dan kadang-kadang merasa malu dengan keadaan itu.

    Langkah pencegahan awal

    Senario yang berlaku pada hari ini, mereka yang akan merompak duit bukanlah mereka yang semestinya memiliki wajah bengis dengan sebilah pisau diacukan di leher kita, tetapi boleh jadi mereka yang bertali leher, memakai kot. berkereta mewah, bermodalkan kata-kata yang lembut sahaja.

    Justeru, supaya kita semua tidak menjadi mangsa, di sini dikongsikan beberapa langkah yang perlu dilakukan sedari awal;

    1-Pandang semua orang serupa dan setara

    Belajarlah menilai semua manusia sebagai sama.

    Kita tidak pernah tahu apa yang sebenarnya ada dalam jiwa mereka, kita tidak berhak membuat persepsi buruk selagi belum terbukti yang mereka itu begitu. Hari ini memang dunia terlebih ramai orang yang nampak sempurna tetapi sebenarnya kejam, zalim lagi rendah sifat-sifat kemanusiannya.

    2-Bawa sifat kita yang betul sentiasa

    Tidak payah bina persepsi apa-apa, hanya layani semua orang melalui sifat yang asal pada diri kita.

    Andainya kita memang seorang yang lembut, kekalkan begitu dengan sesiapa sahaja kita berurusan, namun simpan kewaspadaan kemas-kemas di dalam.

    Biar orang sangka ‘boleh makan’ tetapi semua taktik jahat tidak jalan. Kerana apa? Kerana kita sentiasa menampilkan sifat yang sememangnya kita – teguh, kukuh, berhati-hati lagi bermotivasi diri tinggi tanpa kompromi.

    3-Jika berpeluang tunjukkan siapa kita

    Kalau penjahat sudah tahu mereka tidak akan berjaya buat apa-apa terhadap kita, mereka tidak akan cuba pun.

    Salah satu kaedahnya ialah bersedia dengan kad nama yang menyenaraikan pelbagai keupayaan kita atau siapa link kita.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda