Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada Burnley – Pochettino

    BURNLEY, United Kingdom, 31 Mac – Mauricio Pochettino telah memberi amaran kepada Tottenham yang mengejar kejuaraan agar jangan memandang rendah Burnley dalam perjalanan penting mereka ke Turf Moor, Ahad ini.

    Pasukan Pochettino telah memenangi empat perlawanan terakhir mereka tetapi mempunyai peluang tipis untuk memenangi Liga Perdana Inggeris ketika mereka cuba untuk merapatkan jurang 10 mata dengan pendahulu Chelsea.

    Walaupun Tottenham gah di tempat kedua, 27 mata di hadapan Burnley di pertengahan liga, Pochettino menjangkakan pertempuran fizikal berhadapan lawan yang hanya tewas tiga aksi liga di laman sendiri sepanjang musim ini.

    “Burnley pasti sukar. Mereka melakukan dengan baik di laman sendiri. Kami tahu kami perlu berjuang dari saat pertama. Secara fizikal mereka sangat agresif. Kami perlu memberikan yang terbaik dan bersedia untuk berjuang,” kata Pochettino.

    Harry Kane sembuh lebih awal daripada jangkaan selepas kecederaan buku lali tetapi penyerang itu belum lagi bersedia untuk aksi hujung minggu ini, dengan Pochettino berminat untuk tidak meletakkan skala masa kepulangannya. Prognosis terhadap rakan rakan sepasukan Kane, Danny Rose tidak dapat dipastikan.

    Pengurus Bunrley, Sean Dyche juga mempunyai ramai pemain yang perlu diambil perhatian dalam pertemuan dengan Spurs Sabtu ini. – AP
    Pengurus Bunrley, Sean Dyche juga mempunyai ramai pemain yang perlu diambil perhatian dalam pertemuan dengan Spurs Sabtu ini. – AP
    Kane (tengah) meninggalkan padang selepas mendapat kecederaan semasa aksi Piala FA menentang Millwall FC di stadium White Hart Lane pada 12 Mac lalu. – AP
    Kane (tengah) meninggalkan padang selepas mendapat kecederaan semasa aksi Piala FA menentang Millwall FC di stadium White Hart Lane pada 12 Mac lalu. – AP
    Pochettino memberi amaran kepada skuadnya bahawa Burnley bukanlah pasukan yang boleh diambil mudah. – AP
    Pochettino memberi amaran kepada skuadnya bahawa Burnley bukanlah pasukan yang boleh diambil mudah. – AP
    Keane (kiri) dan pemain Jerman Julian Brandt bersaing untuk menguasai bola dalam aksi persahabatan di Dortmund pada 22 Mac lalu. – AP
    Keane (kiri) dan pemain Jerman Julian Brandt bersaing untuk menguasai bola dalam aksi persahabatan di Dortmund pada 22 Mac lalu. – AP

    “Danny Rose akan berjumpa pakar petang ini dan nanti kita akan lihatlah,” kata Pochettino. “Dia sedikit lambat sembuh tetapi kami positif juga.

    “Harry bagus. Beliau kembali beberapa hari lalu untuk bekerja di atas padang. Kami amat positif tetapi kita akan lihat kalau dia OK. Sudah tentu dia akan bersedia sebelum akhir musim ini.”

    Tottenham juga akan menilai Vincent Janssen (jangkitan dada), manakala Erik Lamela telah diketepikan untuk semusim akibat masalah pinggul.

    Peminat kelab London utara pasti lega mendengar Pochettino menolak tugasan Barcelona selepas dia dirakam bersama Presiden kelab Sepanyol itu Josep Maria Bartomeu minggu lepas.

    Pengurus Tottenham menyatakan mustahil untuk dia menguruskan Barca setelah bermain dan menguruskan pesaing bandar Espanyol.

    “Saya tidak suka bercakap mengenai khabar angin tetapi pertemuan itu benar. Itu pun secara kebetulan di sebuah bar di Barcelona, ??Selasa lepas,” katanya.

    “Saya sudah lama mengenali dia sebelum dia menjadi pengerusi Barcelona. Ramai orang menyaksikan kami bertanya khabar. Kami menghabiskan masa lima minit di sana. Itu saja.

    “Saya penyokong Espanyol. Ia seperti jika Daniel Levy memecat saya dalam beberapa tahun dan mustahil untuk saya menguruskan Arsenal.”

    Burnley tidak bermain di gelanggang sendiri untuk perlawanan liga sejak 11 Februari dan pasti gembira kembali ke Turf Moor, di mana mereka telah mengutip 29 daripada 32 mata musim ini.

    Senarai perlawanan yang aneh memaksa mereka untuk bermain empat perlawanan liga di luar berturut-turut sebelum rehat antarabangsa.

    Akan ada banyak tumpuan terhadap bek tengah Burnley Michael Keane, yang memenangi dua kap England pertamanya semasa rehat antarabangsa untuk perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Lithuania.

    Keane tamat kontrak pada akhir musim depan dan tidak mungkin menandatangani perjanjian baru, bermakna Burnley mungkin menjual pemain berusia 24 tahun itu untuk memastikan mereka mendapat bayaran daripada perpindahannya.

    “Terdapat begitu banyak cerita mengenai pemain kami. Ia baik dari satu segi apabila orang banyak berfikir tentang pemain anda; bukan hanya dia tetapi beberapa pemain laIn,” kata pengurus Burnley Sean Dyche.

    “Semua cerita itu dan segala-galanya merupakan cabaran yang berkisar di dalam kelab. Keane berhak dianggap sebagai bek tengah yang bagus kerana dia memang bagus.” – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda