Waspada dengan kehadiran the Invisible Man

Oleh Adiiwira

Pecah panggung pada minggu ini digegarkan lagi dengan kehadiran filem thriller terbitan Universal dan Blumhouse, The Invisible Man. Filem ini merupakan satu percubaan terbaharu dalam pembikinan semula kisah-kisah mega selepas kegagalan Universal pada tahun 2017 melalui filem The Mummy lakonan Tom Cruise.

Setelah kegagalan filem tersebut, Universal memberhentikan menerbitkan filem-filem yang berasaskan alam semesta gelap. Namun dengan pelancaran filem The Invisible Man yang mendapat kritikan yang positif dari pengkritik dan penonton.

“Setelah bangkit dari kegagalan filem tahun 2017 The Mummy, Universal melakukan langkah yang bijak dengan melakukan kolaborasi bersama Blumhouse untuk menghidupkan semula filem alam semesta gelap melalui filem The Invisible Man,” jelas Paul Dergarabedian, penganalisis media senior dengan Comscore.

“Hasilnya adalah kolaborasi seram yang sangat berjaya,” tambahnya.

Filem ini telah dilancarkan di 3,610 buah lokasi Amerika Utara pada minggu ini dan telah berjaya menduduki carta teratas carta pecah panggung mengalahkan filem Sonic the Hedgehog dengan kutipan sebanyak AS$29 juta. File mini juga dilancarkan di luar negara, dengan mendapat lutipan sebanyak AS$20.2 juta daripada 47 wilayah antarabangsa. Ini menunjukkan pembukaan global bagi The Invisible Man pada hujung minggu ini mencecah AS$49.2 juta.

The Invisible Man menjuarai carta pecah panggung pada minggu ini. – Agensi
Bad Boys for Life berjaya mengutip kutipan sebanyak AS$4 juta pada hujung minggu ketujuh pelancarannya yang melengkapi kedudukan lima teratas carta. – Agensi
Filem animasi terbaharu terbitan Funimation My Hero Academia: Hero Rising yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak AS$6 juta dan berjaya menduduki carta keempat. – Agensi
Sonic the Hedgehog terpaksa akur menduduki carta kedua pecah panggung selepas tiga minggu pelancarannya. – Agensi
Filem lakonan Harisson Ford kini berada di tangga ketiga dengan kutipan AS$13 juta. – Agensi

Filem ini telah mendapat gred B bagi markah CinemaScore dan Pengkritik telah memuji filem ini, mengarahkannya kepada skor 89 peratus pada Rotten Tomatoes. Dengan penilain tersebut menunjukkan filem ini mendapat penerimaan yang hebat sebagai filem seram.

The Invisible Man ini ditulis dan diarahkan oleh Leigh Whannell yang merupakan pencipta bersama francais filem SAW. Filem ini memakan belanja penghasilannya sebanyak AS$7 juta yang menggunakan set penggambaran di wilayah San Francisco, yang merupakan filemreboot moden Claude Rains Universal 1933 yang berdasarkan novel H.G. Wells tahun 1897.

“Leigh Whannell mempunyai visi yang sangat hebat. Ia membolehkan kami memperluaskan penonton dan membuat cerita yang benar-benar menarik.”

“Rakan kami di Blumhouse tidak memotong sudut apabila ia datang kepada kualiti. Mereka secara konsisten memberikan hit demi hit,” kata Jim Orr, presiden pengedaran domestik Universal.

Watak utama dalam filem ini diperankan oleh Elisabeth Moss sebagai Cecilia Kass, yang menceritakan Cecilia Kass yang terperangkap dalam hubungan pernikahan tidak baik dengan Adrian (Oliver Jackson), seorang ilmuwan pintar dan kaya raya. Cecilia selama ini selalu menjadi korban kekerasan suaminya. Suatu malam, Cecilia berhasil melarikan diri dan bersembunyi di kediaman adiknya, Emily Kass (Harriet Dyer), teman masa kecil James Lanier (Aldis Hodge) dan anaknya Sydney (Storm Reid).

Ketika Cecilia melarikan diri dari suaminya, pada suatu hari suaminya dilaporkan meninggal dunia kerana bunuh diri. Adrian telah mewariskan harta kepada Cecilia yang berjumlah AS$5 juta. Namun, untuk Cecilia dapat mewarisinya hendaklah dengan syarat dirinya harus sihat secara mental. Cecilia menimbulkan perasaan aneh terhadap kematian suaminya tersebut. Dia merasakan agak mustahil suaminya membunuh dirinya sendiri. Dalam masa yang sama, Cecilia merasakan suaminya seperti masih hidup dan berkeliaran di persekitarannya. Namun, orang-orang di sekelilingnya berusaha menegaskan Adrian sudah meninggal dunia dan tidak mungkin akan hidup lagi. Oleh kerana merasa dirinya benar, dia berusaha sendiri membuktikan bahawa Adrian sebenarnya masih hidup.

Filem ini juga dibintangi oleh Amali Golden, Sam Smith, Zara Michales, Benedict Hardie, Anthony Brandon Wong, dan Bianca Pomponio.

Kedudukan filem terkini

Filem terbitan Paramount Picture, Sonic the Hedgehog terpaksa akur turun satu anak tangga carta pecah panggung minggu ini setelah bertahan menjuarai carta pecah panggung selama dua minggu berturut-turut.

Filem ini telah berjaya menambah kutipan sebanyak AS$16 juta pada hujung minggu ketiga di pawagam, yang meningkatkan tally domestiknya kepada AS$128 juta. Sonic telah menjadi kejayaan dalam pecah panggung global, yang menghasilkan AS$137.2 juta di luar negara untuk jumlah keseluruhan AS$265 juta di seluruh dunia.

Filem lakonan Harrison Ford, Call of the Wild kini berada di tangga ketiga carta pecah panggung dengan kutipan AS$13 juta selepas dua minggu berada dalam carta pecah panggung. Filem ini telah menghasilkan kutipan jualan tiket sebanyak AS$46 juta di Amerika Utara dan AS$79 juta di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, penerbitan filem ini memakan belanja sebanyak AS$125 juta dan bakal mengalami kerugian pada studio.

Pada carta keempat minggu ini, diduduki oleh filem animasi terbaharu terbitan Funimation My Hero Academia: Hero Rising yang berjaya mengumpul kutipan sebanyak AS$6 juta di 1,260 buah tempat pada hujung minggu. Untuk melengkapi carta lima teratas carta pecah panggung minggu ini, Bad Boys for Life berjaya mengutip kutipan sebanyak AS$4 juta pada hujung minggu ketujuh pelancarannya. Filem lakonan Will Smith dan Martin Lawrence ini berjaya mengumpul AS$197 juta di Amerika Syarikat dan AS$406 juta di seluruh dunia sehingga kini.

Secara kesimpulannya carta pecah panggung minggu ini tidak banyak perubahannya dari carta lima teratas. Namun, hanya dua buah filem turun secara drastik iaitu filem anti-superhero terbitan Warner Bro Birds of Prey yang turun tiga anak tangga dari kedudukan ketiga pada minggu lepas dan filem seram terbitam STX, Brahams: The Boy II yang kini berada di tangga kesembilan yang sebelumnya berada di tangga kelima pada carta minggu lepas.

Sebagai satu-satunya pelancaran filem baharu pada hujung minggu lalu, The Invisible Man tidak akan mempunyai banyak persaingan di carta pecah panggung. Justeru, kita lihat sejauh mana filem ini dapat bertahan menjuarai carta pecah panggung.