Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada geng umpan kanak-kanak token permainan online

    BANGKOK, 27 FEB – Polis memberi amaran bahawa geng ‘ugut seks siber’ kini sedang mengumpan kanak-kanak untuk menghantar gambar bogel mereka bagi pertukaran dengan token atau objek luar biasa daripada permainan online.

    Geng-geng ini akan menghubungi kanak-kanak melalui ruang bual di media sosial atau dalam aplikasi permainan online itu.

    Mereka kemudian menawarkan token atau objek digital daripada permainan tersebut untuk menarik minat kanak-kanak tersebut menghantar gambar bogel yang kemudiannya akan digunakan untuk memeras wang daripada mangsa, kata jurucakap polis wanita Thailand, Noppawan Panya kelmarin.

    “Beberapa daripada geng ini juga mengagihkan gambar-gambar ini kepada kumpulan pedofilia,” katanya.

    Tinjauan 2021 oleh ThaiHealth mendapati 85 peratus kanak-kanak Thailand bermain permainan online, manakala satu pertiga daripada mereka bermain lebih daripada lima jam sehari, yang boleh dikategorikan dalam kriteria ketagihan permainan online.

    Sehubungan itu, Noppawan menggesa ibu bapa mengawasi penggunaan internet, media sosial dan permainan online anak-anak mereka.

    Dia juga memberi amaran kepada sesiapa sahaja untuk tidak menghantar gambar bogel mereka sendiri melalui mana-mana rangkaian online memandangkan ia akan mendedahkan mereka kepada pemerasan. – ANN/The Nation

    Noppawan memberi amaran terdapat geng yang mengumpan kanak-kanak untuk memberikan gambar bogel mereka bagi pertukaran token atau objek permainan online. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda