Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada kerja menanda garis jalan di lebuh raya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong (hala Muara) dari Jejambat Berakas sehingga Pusing Keliling Muara bermula hari ini, 4 Jun pada pukul 10 malam hingga pukul 6 pagi sehingga kerja-kerja selesai, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja menanda garis jalan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara separuh jalan berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda