Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemasangan kabel 66kV di sepanjang jambatan berkenaan yang akan dijalankan esok, 5 Jun sehingga 10 Julai.
Kerja pemasangan tersebut akan dilakukan sepanjang masa hingga kerja-kerja selesai.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pemasangan kabel 66 kVdi sepanjang jambatan berkenaan dilaksanakan di KM T 26 sehingga KM T 25.7, hala Temburong.
JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


