Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada kerja pemasangan kabel di Jambatan SHOAS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pemasangan Kabel 66kV di sepanjang jambatan berkenaan yang dijalankan bermula esok 14 Jun hingga 26 Julai, sepanjang masa hingga kerja-kerja selesai.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, menyatakan kerja-kerja pemeriksaan kabel berkenaan dilaksanakan di KM BM 10 hingga KM BM 6, hala Brunei Muara.

    Dalam hubungan itu, JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Lokasi kerja pemasangan kabel.
    Peta lencongan yang disediakan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JKR

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda