Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa kerja-kerja pembaikan jalan raya di jambatan berkenaan yang dijalankan pada 1 Mac hingga 3 Mac dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang.

