Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Orang ramai khususnya pengguna Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) disarankan untuk sentiasa berhati-hati serta mematuhi had laju yang dibenarkan semasa penutupan separuh jalan bagi kerja-kerja pembersihan dinding pagar jambatan di sepanjang jambatan berkenaan yang dijalankan hari ini, 29 Jun sehingga kerja-kerja pembersihan selesai bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang dan disambung pukul 8 malam hingga pukul 12 tengah malam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan, di sini, kerja-kerja pembersihan pagar jambatan di sepanjang jambatan berkenaan dilaksanakan di KM T 26.5 sehingga KM T 11, hala Temburong.
JKR menyatakan lagi bahawa jalan lencongan disediakan dan para pengguna jambatan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.



