Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Lamunin, Jalan Lamunin berdekatan Simpang 1592 pada hari ini, 21 sehingga esok, 22 Mei bermula pukul 9 pagi hingga pukul 5 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan aspal untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
