Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada mesej palsu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Pihak Berkuasa Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI) telah menerima maklumat mengenai mesej yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp yang menggesa orang ramai agar tidak membuka gambar atau fail video mengenai tindak balas negara tertentu terhadap COVID-19 yang didakwa mempunyai virus dan akan menggodam telefon bimbit pengguna yang telah membuka gambar atau fail media berkenaan.

    Setelah membuat penyiasatan lanjut, tidak ada bukti bahawa dakwaan gambar atau fail media berkenaan merupakan sebahagian daripada skim untuk menggodam peranti mudah alih, menurut kenyataan AITI hari ini.

    AITI menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej berkenaan jika menerima dan segera menghapuskannya.

    Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan mesej berkenaan untuk mengelakkan daripada mendedahkan kenalan anda kepada perkara yang boleh membahayakan.

    Sehubungan dengan itu, AITI mengongsikan langkah berjaga-jaga yang dapat diambil untuk kekal selamat dalam talian seperti mengesahkan kandungan mesej sebelum menekan apa jua fail media atau pautan yang diterima. Periksa mesej tersebut daripada sumber lain yang boleh dipercayai.

    Jangan mengongsikan mesej jika tidak pasti walaupun mesej dikongsi berkali-kali, ia tidak bererti ia benar dan jangan kongsi mesej kerana pengirim mendesak anda untuk melakukannya. Sekiranya anda mengetahui sesuatu yang tidak benar, maklumkan pengirim dan ingatkan mereka untuk mengesahkan maklumat sebelum mengongsikan mesej tersebut.

    Selain itu, periksa faktanya terlebih dahulu sama ada ia sahih atau tidak dengan memeriksa laman berita yang dipercayai untuk kepastian dari mana asal sumbernya. WhatsApp juga telah menerbitkan maklumat nasihat mengenai pesanan palsu yang boleh didapati di https://faq.whatsapp.com/general/security-and-privacy/hoax-messages.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda