Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada panggilan menyamar sebagai pihak polis

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada individu yang menyamar sebagai polis.

    Dalam kenyataannya, PPDB memaklumkan pada masa ini terdapat beberapa panggilan berkenaan phishing scam, yang menyamar sebagai panggilan daripada pihak polis melalui individu tidak bertanggungjawab.

    Sehubungan itu, orang ramai juga diseru supaya tidak panik dan membuat pengesahan terlebih dahulu dengan menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334 dan Jabatan Siasatan Jenayah 2459500 sekiranya menerima panggilan berkenaan.

    PPDB juga memohon orang ramai untuk menyebarkan luaskan makluman tersebut kepada keluarga dan rakan-rakan.

    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda