Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada penipuan deepfake tiru suara kenalan, lebih 400 kes disiasat

    KUALA LUMPUR, 28 OGOS – Polis sedang menyiasat 454 kes penipuan dipercayai menggunakan teknik palsu asli atau deepfake antara lain melibatkan penyamaran suara melibatkan kerugian RM2.72 juta sejak awal tahun ini.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata penipuan itu menggunakan taktik penghantaran mesej WhatsApp dengan menyamar sebagai kenalan mangsa dan mendakwa sedang ditimpa masalah dan ingin meminjam wang.

    “Mangsa akan diminta untuk membuat pindahan wang ke akaun tertentu yang merupakan akaun keldai,” katanya dalam sidang media, hari ini.

    Beliau berkata antara kes yang diterima melibatkan seorang ejen pelancongan di Kuala Terengganu yang ditipu selepas dihubungi nombor tidak dikenali menggunakan suara mirip kenalannya pada 23 Ogos lepas.

    Ramli berkata mangsa percaya panggilan itu dibuat kenalannnya kemudian memberikan pinjaman wang berjumlah RM49,800 yang dipindahkan ke akaun diberikan individu terbabit.

    Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan teknologi deepfake digunakan dalam kes itu bagi meniru suara kenalan mangsa. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda