Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada penipuan guna sijil BDCB

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) mengesahkan bahawa sijil yang dikatakan dikeluarkan oleh BDCB, lengkap dengan nama dan logo BDCB adalah palsu dan tidak dikeluarkan olehnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, di sini, BDCB telah menerima maklumat daripada orang ramai mengenai imej sijil yang dikatakan dikeluarkan oleh BDCB, lengkap dengan nama dan logo.

    BDCB menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menerima maklumat dan bahan yang dikatakan berkaitan dengan BDCB melalui penyalahgunaan nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB.

    Sekiranya orang ramai menerima maklumat yang disyaki mencurigakan dan menggunakan nama serta logo BDCB, mereka disarankan untuk menghubungi BDCB bagi pengesahan melalui talian 8318388 atau e-mel, info@bdcb.gov.bn.

    BDCB menekankan bahawa sesiapa yang menggunakan nama atau logo BDCB tanpa kebenaran bertulis atau menggunakan nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB yang serupa atau menyerupai nama, simbol, reka bentuk atau lambang BDCB untuk memperdaya/menipu atau menyebabkan kekeliruan atau berkemungkinan untuk memperdaya/menipu atau menyebabkan kekeliruan adalah satu kesalahan di bawah Bab 74A Perintah BDCB, 2010, yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi $20,000, penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

    Gambar fail Muiz Matdani

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda