Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai penutupan sementara jalan di Jalan Lumapas menghala Junjongan.
JKR menjelaskan, penutupan yang akan bermula esok hingga 28 Januari dari pukul 8:30 pagi hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan itu adalah untuk untuk memberi ruang kepada pihak Unified National Networks (UNN) melaksanakan kerja-kerja merobohkan tapak menara UNN.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P6-4Jalan_26012023.jpg)