Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada permulaan fasa peralihan monsun Selasa depan

    KUALA LUMPUR, 20 SEPT – Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 September dan berterusan sehingga awal November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

    Beliau berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei lepas dan rantau negara itu diramal akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

    “Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

    “Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada sepanjang tempoh tersebut serta sentiasa peka mengikuti ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda