Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada serangan siber ketika musim perayaan

    KUALA LUMPUR, 7 APRIL – Sektor e-dagang dinasihatkan berwaspada dengan kemungkinan serangan siber ketika musim perayaan berikutan peningkatan aktiviti runcit dalam talian yang memberi peluang kepada penjenayah siber untuk mengeksploitasi, kata penyedia penyelesaian keselamatan siber, Fortinet.

    Pengurus Cawangan Malaysia Fortinet, Dickson Woo berkata peruncit dalam talian perlu mengamalkan pendirian proaktif dalam keselamatan siber memandangkan mereka lebih kerap menjadi sasaran berbanding dengan industri lain.

    “Penjenayah siber mengambil kesempatan daripada kesibukan pada musim perayaan kerana pembeli mungkin cenderung untuk melakukan pembelian yang terburu-buru, sehingga berpotensi untuk mengabaikan langkah keselamatan.

    “Kecuaian untuk menangani risiko ini boleh menyebabkan pengguna terdedah kepada pelbagai bahaya, termasuk pencurian identiti dan pencurian maklumat pembayaran,” katanya kepada Bernama.

    Menurut Woo, sektor runcit dan e-dagang merupakan sasaran menarik kepada penjenayah siber berikutan jumlah wang yang banyak dan data peribadi yang terlibat.

    “Kegagalan untuk menangani ancaman siber dan mengabaikan perlindungan data boleh mendedahkan pengguna kepada risiko seperti pencurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda