Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Waspada stigma, diskriminasi Internet, media sosial – Ketua PBB

    NEW YORK, 19 JUN – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kelmarin memberi amaran mengenai stigma dan diskriminasi yang ditimbulkan oleh Internet dan media sosial.

    “Internet dan media sosial telah menjadi platform menzahirkan kebencian, membolehkannya merebak seperti api merentasi sempadan,” Xinhua memetik ketua PBB itu sebagai berkata dalam perutusannya sempena Hari Antarabangsa bagi Menangani Ucapan Kebencian, buat pertama kali sejak Perhimpunan Agung PBB menerima pakai resolusi itu tahun lepas.

    “Ia menggalakkan sifat perkauman, xenofobia dan prejudis terhadap wanita; ia menjadikan individu dan masyarakat bersikap tidak berperikemanusiaan; dan ia mempunyai kesan serius terhadap usaha kami untuk menggalakkan keamanan dan keselamatan, hak asasi manusia, serta pembangunan mampan,” katanya.

    “Sebagai tindak balas kepada ancaman yang semakin meningkat, saya telah melancarkan Strategi dan Pelan Tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Ucapan Kebencian tiga tahun lalu. Ketua PBB juga memberi amaran bahawa ucapan kebencian adalah berbahaya kepada semua lapisan masyarakat dam semua berperanan memeranginya,” tambahnya. –Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...