Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada terjerat ketagihan digital

    Oleh Sujina Manadhar

    KATHMANDU – Beberapa hari lalu, saya baru sahaja memulakan tugasan untuk menyiapkan satu projek penting. Namun, ketika bekerja, saya menemui beberapa buah video lucu. Beberapa jam kemudian, saya menyedari bahawa saya masih belum menyiapkan tugasan dan merasa menyesal.

    Saya sepatutnya menggunakan telefon saya untuk mencari maklumat, namun perhatian saya teralih dan akhirnya menghabiskan masa menonton video-video yang tidak relevan.

    Kejadian seperti itu membuatkan saya merasa curiga. Saya menjadi semakin mengambil perhatian tentang penggunaan telefon dan membuatkan saya sedar bahawa kejadian seperti ini bukannya berlaku sekali-skala. Saya telah menghabiskan terlalu banyak masa menetap telefon tanpa saya sedari.

    Jadi saya memutuskan untuk mengetahui berapa lama masa saya habiskan menetap telefon setiap hari menggunakan aplikasi perakam skrin. Hasilnya sangat mengejutkan daripada yang saya jangkakan. Ia membuatkan saya ingin mengetahui mengapa kita meluangkan terlalu banyak masa dengan peranti digital dan gagal untuk melaksanakan tugasan.

    Saya menyedari bahawa bukan setakat saya yang bergelut dengan masalah ini. Ada beberapa orang klien remaja yang saya bantu baru-baru ini juga berdepan dengan masalah seperti kegelisahan sosial, depresi dan kekurangan perhatian.

    Bagi kebanyakan individu, ketagihan digital hanya boleh menjadi cara untuk melarikan diri daripada realiti dan tekanan yang sedia ada dalam hidup mereka.
    Bagi kanak-kanak dan remaja, ibu bapa bolehlah menetapkan jadual masa skrin yang seimbang di mana aktiviti dunia nyata mengambil masa sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama berbanding menggunakan peranti digital.

    Ibu bapa daripada klien-klien tersebut menyalahkan ketagihan digital sebagai punca kepada isu kesihatan mental mereka. Walaupun penggunaan digital yang berlebihan mungkin menjadi penyumbang utama kepada isu masalah mental, namun ia bukan satu-satunya punca yang menyebabkan penyakit.

    Bagi kebanyakan individu, ketagihan digital hanya boleh menjadi cara untuk melarikan diri daripada realiti dan tekanan yang sedia ada dalam hidup mereka.

    Teknologi-teknologi tersebut menjadi bahagian penting dalam kehidupan harian mereka.

    Walau bagaimanapun, ia menjadi masalah ketara apabila penggunaan digital menjadi satu ketagihan yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi merosot atau menderita kerana tidak dapat menahan diri mereka daripada tindakan tersebut.

    Bahan kimia yang dipanggil dopamina memainkan peranan besar dalam membawa kita daripada hanya menggunakan peranti digital kepada ketagihan dan dikawal olehnya. Akses tanpa had kepada hiburan yang diberikan kepada kita oleh teknologi-teknologi ini telah mengeluarkan jumlah dopamina yang besar dalam otak kita.

    Dopamina membuatkan kita mencari keseronokan dan ia menggalakkan kita untuk mengulangi aktiviti yang kita rasakan memberikan kegembiraan.

    Oleh sebab badan kita tidak berkembang untuk mengendali lonjakan mendadak Dopamina apabila kita terlibat dalam aktiviti sedemikian, semakin kita menggunakannya, semakin kita bergantung kepadanya, seperti dadah.

    Oleh itu, kitaran ketagihan ini bermula apabila kita mengulangi aktiviti yang sama untuk mendapatkan jumlah dopamina yang tinggi.

    Untuk mengetahui sama ada kita atau seseorang yang kita kenali mempunyai ketagihan digital, cuba perhatikan beberapa petunjuk yang boleh membantu. Isyarat paling jelas ialah kurang pengawalan terhadap penggunaan digital, dapat dikenali melalui penggunaan yang berpanjangan sehingga sukar untuk berhenti sebaik sahaja digunakan.

    Selain itu, tanda-tanda lain termasuk keinginan untuk sentiasa memeriksa dan menggunakan telefon.

    Apabila penggunaan digital terputus sepenuhnya selama sehari dua, kita akan dapat melihat withdrawal symptoms seperti mudah marah, gelisah, depresi dan kekeliruan.

    Penyelidik telah menunjukkan bahawa rangsangan berlebihan yang didapatkan oleh otak kita daripada penggunaan peranti digital bersama dengan lonjakan dopamina, menyebabkan otak menjadi semakin letih. Ia membawa kepada aktiviti yang perlahan dalam otak, yang seterusnya menghalang kemampuan untuk berfikir atau fokus secara betul.

    Ia telah didapati berlaku bersama-sama isu psikologi seperti Internet disebabkan oleh Gangguan Hiperaktif Kurang Perhatian (ADHD), kemurungan, kegelisahan, kebimbangan sosial dan agresif.

    Kejadian ini tidak semestinya menandakan bahawa ketagihan digital menyebabkan gangguan ini, sebaliknya individu yang sudah memiliki peranti mungkin menggunakannya secara berlebihan untuk mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh kebimbangan psikologi mereka.

    Malahan keadaan kesihatan fizikal seperti insomnia, keinginan berlebihan terhadap makanan manis, lemak atau makanan ringan, masalah belakang dan otot seperti Tech-Neck, dan obesiti mungkin berlaku disebabkan ketagihan digital jangka masa panjang.

    Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk melindungi diri kita daripada dadah digital. Meskipun meninggalkan sepenuhnya peranti digital bukanlah satu penyelesaian yang boleh dilaksanakan dalam dunia hari ini, menjejak penggunaan peranti secara harian menerusi aplikasi boleh memberikan maklumat terhadap masalah.

    Selain itu, menetapkan peringatan dan kerap berehat daripada teknologi boleh membantu memutuskan kitaran pengeluaran dopamina yang berlebihan.

    Bagi kanak-kanak dan remaja, ibu bapa bolehlah menetapkan jadual masa skrin yang seimbang di mana aktiviti dunia nyata mengambil masa sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih lama berbanding menggunakan peranti digital.

    Walau bagaimanapun, jika berlaku ketagihan digital yang teruk, atau ketagihan yang disusuli dengan keadaan psikologi seperti kekurangan perhatian, depresi atau gelisah, awda perlu mendapatkan nasihat kesihatan mental profesional jika perlu.

    Rawatan untuk menguruskan ketagihan digital adalah penting dalam keadaan-keadaan seperti itu. – ANN/Kathmandu Post

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda