Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Watak Seo Joon dalam The Marvels jadi bualan warganet

    Peminat meluahkan rasa kecewa apabila kemunculan aktor Korea Selatan, Park Seo Joon, menerusi filem The Marvel hanya selama dua minit.

    Allkpop melaporkan kekecewaan itu timbul selepas ramai meletakkan harapan tinggi apabila Seo Joon diumumkan bakal muncul dalam filem Hollywood berkenaan.

    Bagaimanapun ramai membuat spekulasi Seo Joon menerima tawaran tersebut hanya sekadar untuk menimba pengalaman berlakon dalam produksi filem Hollywood.

    “Seo Joon sangat mengagumkan. Dia sentiasa mencabar diri untuk melakukan perkara baharu. Itu adalah pengalaman terbaik yang dimilikinya.

    “Industri filem terbesar ialah Hollywood. Ini akan menjadi kelebihan besar baginya walaupun hanya muncul selama dua minit,” komen warganet.

    Peminat kecewa Park Seo Joon muncul 2 minit dalam The Marvel. – mStar

    Sementara itu, agensi pelakon tersebut juga sebelum ini pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa Seo Joon sentiasa mencari kelainan dalam mencari watak menerusi filem dan drama lakonannya.

    “Awda akan terus mencari sisi baharu Park Seo Joon yang belum pernah dilihat sebelum ini.

    “Dia akan meneruskan karya yang boleh menunjukkan pelbagai daya tarikan sebagai pelakon dalam filem dan drama,” ujarnya menurut laporan mStar.

    Pada September 2021, agensi pengurusan Seo Joon mengesahkan aktor itu akan menyertai salah sebuah filem terbaharu terbitan Marvel Studios.

    Seo Joon menjadi pelakon Korea ketiga membintangi filem Marvel selain pelakon Claudia Kim (Avengers: Age of Ultron) dan Ma Dong Seok (Eternals). – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda