Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wataru Endo menuju ke Liverpool

    STUTTGART, 18 OGOS – Pemain tengah Stuttgart, Wataru Endo telah diberi kebenaran untuk pergi ke England untuk perbincangan perpindahan dan pemeriksaan kesihatan di Liverpool, kata jurulatih kelab Jerman itu kelmarin.

    Jurulatih Stuttgart, Sebastian Hoeness berkata Liverpool telah membuat tawaran kewangan yang ‘bagus’ untuk pemain tengah berusia 30 tahun itu, yang merupakan kapten Stuttgart dan bermain dalam keempat-empat perlawanan Jepun pada Piala Dunia tahun lalu.

    “Ia adalah kes bahawa Wataru telah diberikan kelulusan kelab untuk perbincangan dan kemudian juga untuk pemeriksaan kesihatan,” kata Hoeness. “Kami bercakap tentang seorang pemain berusia 30 tahun yang kontraknya akan tamat dalam 10 bulan, jadi dari sudut pandangan kelab, pakej kewangannya bagus.”

    Hoeness menyifatkan perpindahan ke Liverpool sebagai impian Endo dan berkata dia tidak cuba mengubah fikirannya. Endo telah pergi ke England, tidak dalam latihan kelmarin di Stuttgart dan tidak dijangka akan berada dalam skuad untuk perlawanan seterusnya kelab pada hari Sabtu, tambah Hoeness.

    Endo ialah pemain tengah bertahan yang juga boleh bermain di bahagian pertahanan tengah. Dia telah berada di Stuttgart sejak 2020 dan menjaringkan lima gol dalam 33 perlawanan Bundesliga musim lalu ketika kelab itu mengelak penyingkiran. – AP

    Wataru Endo telah diberi kelulusan Stuttgart untuk pergi ke England bagi perbincangan perpindahan dan pemeriksaan kesihatan di Liverpool. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda