Watford tumbang di Old Trafford

MANCHESTER, 24 FEB – Pemain terbaharu Manchester United, Bruno Fernandes membuka jaringan pembukaan Ahad lalu, memberikan pasukan Ole Gunnar Solskjaer untuk naik ke tangga kelima di Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 3-0 ke atas Watford.

United musim ini bergelut untuk menunjukkan aksi konsisten tetapi dengan kemenangan semalam, mereka berjaya mengumpul 41 mata keseluruhan, hanya tiga mata di belakang pasukan Chelsea yang berada di kedudukan keempat liga.

Fernandes yang dibawa masuk bulan lepas oleh Solskjaer telah memberikan kreativiti dan memacu United, berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalti sebelum akhir babak pertama dan kemudian Anthony Martial dan Mason Greenwood turut berada dalam senarai penjaring gol.

Berbeza dengan United yang melonjak naik, Watford kini berada dalam bahaya dengan berada satu tangga dari zon penyingkiran selepas hanya mengutip dua mata dari lima perlawanan.

Kedudukan masa kini, menduduki tangga kelima sudah cukup untuk melayakkan mereka untuk slot terakhir Liga Juara-Juara kerana Manchester City yang berada di tangga kedua, telah digantung dari kejohanan Eropah selama dua tahun, sementara menunggu rayuan.

Walaupun dengan kebangkitan ini, United akan berhadapan dengan perlawanan sukar apabila mere-ka akan berdepan dengan Everton, Mannchester City, Tottenham dan Sheffield United untuk perlawanan berikutnya. – AFP

Reaksi pemain terbaharu United, Fernandes apabila dijatuhkan oleh penjaga gol Watford, Ben Foster dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu. – AP