Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Watie sifatkan pertunangannya sebagai ketetapan Allah

    Usahawan Watie Hanifiah menyifatkan pertunangannya dengan pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib semalam, sebagai ada hikmah di sebalik yang sudah ditetapkan Allah SWT.

    Watie, 35, berkata, meskipun manusia tidak selalu memahami hikmah di sebalik sesuatu kejadian namun seseorang perlu belajar untuk mempercayainya.

    “Ketetapan Allah adalah sempurna dalam setiap perkara.

    “Kita tidak selalu memahami hikmah di sebaliknya tetapi kita perlu belajar untuk mempercayainya,” tulisnya di Instagram.

    Menerusi hantaran tersebut Watie turut memuat naik foto menunjukkan jari manisnya yang memakai cincin pertunangan sambil tangannya seperti disambut oleh Shuib.

    Dalam pada itu, menerusi ruang komen hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dilihat meninggalkan komen ‘Assalamualaikum Tunang’ berserta emoji cinta.

    Kelmarin, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan yang diadakan di kediaman usahawan itu bertempat di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

    Pasangan itu dijangka bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini. – Agensi

    Watie dan Shuib bakal bernikah Jun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda