Friday, December 27, 2024
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Watie tak nak kena anxiety masuk program realiti

    Penyanyi dan pelakon, Watie Sadali mengakui berminat menyertai program realiti, Gegar Vaganza, namun keinginannya tidak disokong oleh suaminya, Joey Daud.

    Watie, 48, berkata dia memahami dan bersetuju dengan alasan diberikan, justeru memilih menghormati pandangan suaminya dan tidak menyertai program realiti itu, lapor BH Online.

    “Joey tak bagi saya masuk, dia katakan jangan memalukan diri sendiri sebab bukan seorang sahaja akan tengok, tapi berjuta. Saya pun sudah lama tak menyanyi.

    “Saya sibuk berlakon dan menyanyi ini bukanlah boleh ikut suka sahaja macam menyanyi di karaoke. Nama pun pertandingan, jadi tak boleh nak ikut suka hati dan pastinya gugup lain macam.

    “Sedangkan mengajar zumba pun pada lagu pertama pun gugup, padahal saya selalu sahaja buat kerja ini. Datuk Seri Siti Nurhaliza pun gugup pada lagu pertama, begitu juga saya.

    “Disebabkan itu, ketika Azza meminta saya menyertai Elite, saya mohon maaf. Sememangnya mereka merajuk dengan saya sebab mereka pujuk, tapi saya tetap tak mahu.

    “Saya katakan kena minta izin Joey, jadi bila suami tak izinkan, takkan saya nak pandai-pandai,” katanya yang ditemui pada sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah, Ifa Raziah dan Roslan Shah di ibu negara, baru-baru ini.

    Watie mengakui, dia bersetuju dengan pendapat suami kerana dia juga mahu menjaga kesihatan mental.

    “Suami ada katakan dia tak mahu saya menangis, sebab dia tahu saya jenis macam mana. Sebenarnya, keinginan saya membuak-buak nak sertai program realiti sebab bila lagi kami nak buat comeback dan inilah masa generasi baharu kenal kita.

    “Saya harapkan saya masuk, tapi bila fikir semula, betul cakap suami saya. Saya lemah bila fikir apa orang akan cakap, saya boleh kena anxiety,” katanya. – Agensi

    Watie dengar nasihat suaminya supaya tak memalukan diri menyertai program realiti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda