Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Watkins inspirasi kebangkitan Villa

    BIRMINGHAM, 20 APRIL – Ollie Watkins menjadi inspirasi dalam kemenangan besar 4-1 Aston Villa ke atas Newcastle pada Sabtu, sekali gus menghidupkan semula harapan mereka untuk layak ke Liga Juara-juara hanya beberapa hari selepas tersingkir daripada kejohanan musim ini.

    Pencapaian Villa dalam Liga Juara-juara berakhir pada Selasa lalu selepas mereka gagal melengkapkan kebangkitan dramatik dalam perlawanan timbal balik suku akhir menentang Paris Saint-Germain.

    Namun, pasukan bimbingan Unai Emery itu enggan terus meratapi kekecewaan tersebut apabila mereka berusaha kembali menyertai kejohanan kelab elit Eropah musim depan.

    Newcastle tiba di Villa Park dengan rekod lima kemenangan berturut-turut, namun dikejutkan oleh prestasi cemerlang Watkins.

    Watkins membuka jaringan untuk Villa seawal minit pertama dan membantu Ian Maatsen meletakkan tuan rumah kembali di hadapan selepas gol penyamaan Fabian Schar.

    Jaringan sendiri Dan Burn serta rembatan kilat Amadou Onana melengkapkan kemenangan bergaya Villa, yang kini naik ke tangga keenam dalam Liga Perdana Inggeris.

    Villa, yang mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam liga, kini hanya dua mata di belakang Newcastle di tempat ketiga dalam perebutan sengit untuk merebut salah satu daripada lima kedudukan teratas untuk menjamin kelayakan ke Liga Juara-juara. – AFP

    Ollie Watkins (kanan) dan Kieran Trippier bersaing untuk merebut bola semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Aston Villa dan Newcastle United di Villa Park, Birmingham, England, pada 19 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda