Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wawa Zainal muntah darah

    Pelakon dan usahawan Wawa Zainal mengalami muntah darah sehingga sukar untuk bangun.

    Kata Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, perkara itu berkemungkinan disebabkan dia kepenatan sehingga badannya mengalami panas dalam, kongsi mStar.

    “Alhamdulillah selesai menunaikan Umrah semalam. Pagi tu saya sakit sangat memang tak mampu nak bangun.

     “Sampai muntah darah. Mungkin sebab panas dalam.

    “Minta doa banyak-banyak supaya sembuh jadi boleh Umrah bersama pasukan. Alhamdulillah di permudahkan,” katanya di Instastory.

    Wawa ketika ini sedang menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga dan pasukan perniagaannya.

    Kesihatan Wawa kurang baik kerana terlalu penat bekerja. – mStar

    Menerusi perkongsian di Instagram miliknya juga dapat dilihat Wawa sudah menjalani ujian kesihatan kendiri COVID, Influenza A dan B.

    Aktres itu bersyukur apabila keputusan ujian tersebut didapati negatif selepas dua kali melakukannya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...