Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wawa Zainal tidak perlu berlebih-lebih

    Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal memilih untuk tidak berlebih-lebih atau dilihat keterlaluan di kaca televisyen biarpun menjadi penaja program realiti popular, Big Stage musim kelima (BS5).

    Menurut Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, tujuannya menaja program itu kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran dan bukan untuk mencipta kontroversi.

    “Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.

    “Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.

    “Kalau tengok sepanjang Big Stage 5 pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap.

    “Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai,” katanya.

    Menariknya, pentas Big Stage 5 juga menjadi platform untuk Wawa dan Aeril melancarkan produk terbaharu mereka iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence.

    Wawa turut berkongsi kemeriahan sepanjang momen BS5 minggu ke enam menerusi hantaran terkininya di Instagram. – Agensi

    Wawa dan Aeril menjadi penaja BS5.– Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda