Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wawrinka tarik diri Swiss Indoors

    BASEL, Switzerland, 23 Okt – Kecederaan belakang yang dialami ketika sesi latihan bersama rakan senegaranya Roger Federer, Ahad lalu memaksa Stan Wawrinka menarik diri daripada Kejohanan Swiss Indoors manakala Marin Cilic mara ke pusingan kedua di Basel.

    “Saya memusingkan badan dan menarik diri adalah satu-satunya keputusan yang boleh dilakukan,” kata juara tiga kali Grand Slam itu dengan menambah dia akan menamatkan musimnya dengan lebih awal dan tidak menyertai Paris Masters minggu depan.

    Pengunduran Wawrinka yang menduduki ranking ke-68 dunia ketika dia terus bertarung dengan kecergasan selepas lebih daripada setahun menjalani dua pembedahan lutut, muncul selepas Federer turut mengakui mengalami kecederaan.

    Federer mendedahkan pada awal permulaan saingan di St Jakobshalle yang dia mengalami cedera tangan sejak musim panas lalu namun juara 20 kali Grand Slam itu menegaskan, dia kembali cergas ketika ini.

    Juara bertahanan, Federer kini sedang memburu gelaran kesembilan pada kejohanan di mana dia mula membabitkan diri dalam sukan ini sebagai pengutip bola.

    Dia dijadualkan memulakan saingannya menentang pemain Serbia, Filip Krajinovic.

    Wawrinka tewas dalam pusingan pertama Shanghai bulan ini, selepas mencapai ke separuh akhir pada bulan September di St Petersburg.

    Dia yang pernah mara ke separuh akhir di kejohanan ini, dijadualkan berdepan dengan Adrian Mannarino pada pusingan pertama esok.

    Sementara itu, juara 2016 Cilic mengenepikan bintang muda Kanada yang sedang meningkat naik, Denis Shapovalov untuk mara ke pusingan kedua.

    Naib juara Terbuka Australia itu salah seorang daripada dua bekas juara yang berada dalam undian selain Federer dan dia menewaskan Shapovalov 6-4, 6-2.

    Pemain yang berada di ranking keenam dunia itu dijadualkan bertemu Marius Copil dari Romania selepas lawannya menewaskan Ryan Harrison dari Amerika Syarikat, 6-2, 7-6 (10/8). – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda