Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wayang kulit pikat warga NZ

    KUALA LUMPUR, 3 Feb – Seorang warga New Zealand yang dalam persinggahan selama 20 jam di sini selepas tiba dari negara asalnya India, begitu seronok dapat menonton wayang kulit Malaysia serta mempelajari seni itu di Muzium Negara di sini.

    K. Aashirya menaiki bas pelancong ‘Hop On Hop Off’ ke muzium itu dan terpikat dengan pameran ‘Malay Archipelago Shadow Puppets: Symbolism Behid the Screen’. (Wayang Kulit Nusantara Melayu: Simbolisme di Belakang Layar).

    “Ini kali pertama saya di Malaysia tapi berasa sungguh seronok. Banyak yang dapat saya pelajari tentang seni penceritaan kuno ini. Malangnya masa saya di sini terlalu singkat. Saya akan kembali jika ada peluang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

    Eksekutif pemasaran berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana diberi peluang mewarnakan patung wayang kulit yang diperbuat daripada kertas dengan dibimbing oleh penolong kurator Mohd Fairuz Mohamed Kassim.

    Lebih 150 artifak wayang kulit termasuk yang dikatakan berusia lebih 100 tahun dipamerkan.

    Koleksi turut menampilkan watak-watak adiwira moden seperti Wonder Woman, Superman dan Batman serta watak antagonis utama Star Wars, Darth Vader. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda