DALLAS, 29 JULAI – Firma perintis roboteksi, Waymo bakal melancarkan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri di Dallas bermula tahun depan, sekali gus menambah lagi senarai lokasi operasinya dalam usaha mereka untuk mendahului pesaing dalam perlumbaan teknologi kenderaan autonomi.
Dallas bakal menjadi bandar kedua terbesar di Texas yang menyaksikan kehadiran roboteksi Waymo selepas syarikat itu memulakan operasi di Austin awal tahun ini, melalui kerjasama dengan peneraju perkhidmatan e-hailing, Uber.
Berbeza dengan kawasan Austin di mana tempahan roboteksi perlu dibuat melalui aplikasi Uber, perkhidmatan di Dallas akan dikendalikan sepenuhnya oleh Waymo menerusi platformnya sendiri, dengan sokongan pengurusan armada daripada Avis Budget Group.
Tarikh pelancaran belum dapat diumumkan, namun dijangka pada tahun 2026. Selain Dallas, Washington D.C. dan Miami turut disarsarkan sebagai lokasi pelancaran baharu Waymo pada tahun hadapan.
Setakat ini, Roboteksi Waymo telah melaksanakan lebih dari 250,000 perjalanan di Austin dan beberapa bandar utama lain di Amerika Syarikat termasuk Phoenix, San Francisco, Los Angeles dan Atlanta.
Menerusi langkah pengembangan ini, Waymo dapat meninggalkan pesaing lain yang masih bergelut memulakan perkhidmatan roboteksi mereka. – AP


