Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waymo mohon kebenaran uji kenderaan roboteksi

    NEW YORK, 19 JUN – Waymo, syarikat milik Google, kelmarin mengumumkan bahawa mereka telah memohon permit untuk memulakan ujian kereta pandu sendiri di New York City – yang pertama seumpamanya di kota metropolis tersebut.

    Kenderaan autonomi Waymo kini sudah menjadi pemandangan biasa di beberapa bandar besar Amerika Syarikat, berfungsi sebagai pilihan pengangkutan selamat, tarikan pelancong, dan simbol masa depan yang semakin hampir.

    Menurut jurucakap Waymo kepada AFP, syarikat itu merancang untuk mengoperasikan beberapa buah kenderaan autonomi di Manhattan mulai bulan hadapan. Namun, setiap kenderaan akan dikendalikan oleh pemandu manusia sehingga pihak berkuasa meluluskan operasi sepenuhnya tanpa pemandu.

    Waymo menyatakan bahawa operasinya di New York, setelah mendapat kelulusan yang sewajarnya, masih berada dalam fasa ujian. Syarikat itu pertama kali menjejakkan kaki ke New York pada akhir 2021, tetapi ketika itu belum membenarkan keretanya bergerak secara autonomi.

    Undang-undang Negeri New York mengehadkan penggunaan kereta autonomi hanya untuk tujuan ujian dan tidak membenarkan Waymo menawarkan perkhidmatan roboteksi seperti yang dijalankannya di San Francisco, Los Angeles, Phoenix dan Austin, kata jurucakap Waymo lagi. – AFP

    Kenderaan elektrik pandu sendiri milik Waymo di stesen pengecasan EVgo di Los Angeles, California, pada 15 Mei 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda